Polls
Apa pandangan anda mengenai wajah baru(3) laman web Latepackers ini?
 
Login Form
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday46
mod_vvisit_counterYesterday81
mod_vvisit_counterThis week191
mod_vvisit_counterThis month205
mod_vvisit_counterAll75261
Pelawat DiTalian
We have 2 guests online
Home

PostHeaderIcon INDAHNYA GUNUNG SEMERU & GUNUNG BROMO

Indahnya Gunung Semeru &  Gunung Bromo
Penulis: Kichok


Hari Pertama, 22.11.2008
Jam 12.00 tengahari, para peserta yang terdiri daripada  Kichok, Syu, Hazeeq, Panglima, Jaja, Afiq, Faris, Zairi, Ipin, Khairul Bariyah, Kuyek dan Molly tiba di Bandar Udara Antarabangsa Juanda, Surabaya. Ekspidisi Gunung Semeru atau dengan nama tempatan Gunung Mahameru serta Gunung Bromo ini telah lama dirancang oleh penganjur iaitu Kelab Latepackers yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Oleh kerana ketua ekspedisi iaitu Ipin, telah ke Surabaya dan ke Gunung Bromo beberapa bulan sebelum ekspidisi, maka perjalanan kami menuju ke Cemoro Lawang tidak menghadapi sebarang masaalah. Namun bas yang dinaiki terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk di kawasan Porong – Sidoarjo. Perjalanan kami melewati kawasan tragedi dimana sebuah kampung ditengelami lumpur yang keluar dari perut bumi. Menurut pemandu bas, lumpur yang keluar dari perut bumi merupakan fenomena biasa yang terjadi dikawasan gunung berapi.

Last Updated ( Sunday, 04 January 2009 13:05 )

Read more...

 

PostHeaderIcon EKSPEDISI BATU PUTIH - 24-28 DISEMBER 2008

Salam sejahtera buat akak2, abang2 & adik2 ARC / LP…

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T…  Pencipta langit dan bumi, kerana dengan izinNya kami (peserta2 Ekspedisi Batu Putih 2008) berjaya menamatkan program yang dirancang dengan jayanya… walaupun lenguh masih terasa, luka gigitan pacat masih belum kering sepenuhnya… ku titipkan juga serba sedikit coretan sepanjang perjalanan untuk dikongsi bersama…

24 Desember 2008
Kami bertolak dari Petronas Gombak lebih kurang pukul 12.30mlm walaupun masa berkumpul yg telah ditetapkan adalah pkl 10.00mlm… biasalah janji ARC / LP… Di sini, bermulalah sesi suai diantara Abg2 LP ngan adik2 ARC… perkenalan pertama memang agak dingin, maklumlah masing2 tak kenal satu sama lain… selepas sesi pendaftaran, pembahagian t-shirt serta taklimat ringkas, masing-masing memulakan konvoi ke Tapah. Nama je konvoi, tapi tak sampai satu kilometer, masing2 bersepah… ada yg lalu kot sg. Buloh, ada kot Rawang… nasib baik takde yg ‘gila’ lalu kot Karak highway… apapun, jutaan terima kasih kepada members LP & ARC yg turut menghantar walaupun tidak menyertai program… Bro. Laboo, Ronaldo Bulat, Paan (ARC) dan ramai lagi… memang meriah di malam krismas!

Last Updated ( Wednesday, 28 January 2009 15:35 )

Read more...

 

PostHeaderIcon BERITA TERKINI! FENOMENA MENDAKI KEMBALI...

<Assalamualaikum & Salam Sejahtera…>
<Berita dimulakan dengan perkembangan terkini XPDC Batu Putih…>

Program XPDC Batu Putih yang dijadualkan pada 24-28 Desember ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan diluar dugaan daripada orang ramai khususnya ahli-ahli ARC & Latepackers cawangan tengah. Dijangkakan progam Batu Putih ini akan menjadi program XPDC dengan penyertaan yang paling ramai bagi tahun 2008.

Namun, jumlah penyertaan bukanlah perkara yang paling ditekankan…

Menurut Pengarah program XPDC Batu Putih, En. Adi Asker, beliau berharap agar program ini akan berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah disamping mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

“Diharap melalui program Batu Putih ini dapat menjadi platform terbaik bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara Abg2/Akak2 Latepackers & Adik2 ARC, serta bagi memastikan ARC Latepackers akan terus relevan pada masa mendatang…” ujar beliau.

Program XPDC Batu Putih ini disifatkan sebagai acara penutup bagi tahun 2008 dan bersempena dengan perayaan hari krismas pada tahun ini. Sehingga kini, jumlah penyertaan meningkat sehingga  40 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan budaya.

<Kami akan membawakan perkembangan terkini XPDC Batu Putih dalam Buletin Utama malam ini.>
 <Berita seterusnya…>

Last Updated ( Wednesday, 31 December 2008 16:02 )

Read more...

 

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 10 of 17