Polls
Apa pandangan anda mengenai wajah baru(3) laman web Latepackers ini?
 
Login Form
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday42
mod_vvisit_counterYesterday81
mod_vvisit_counterThis week187
mod_vvisit_counterThis month201
mod_vvisit_counterAll75257
Pelawat DiTalian
We have 3 guests online
Home

PostHeaderIcon PERTANDINGAN REKA CIPTA BAGI PELEKAT KENDERAAN, SLOGAN DAN T-SHIRT LATEPACKERS

PERTANDINGAN REKA CIPTA BAGI PELEKAT KENDERAAN, SLOGAN DAN T-SHIRT LATEPACKERS

ALUMNI KEMBARA DAN REKREASI UIA, MALAYSIA (LATEPACKERS)

PELAWAAN
Alumni Kembara dan Rekreasi UIA, Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mereka cipta sempena program “Nature Conservation Project – Latepackers Earth Day”.

Penganjur menjemput individu-individu yang berminat untuk menyertai “Pertandingan Mereka Cipta Pelekat Kenderaan dan T-Shirt Latepackers”.

TEMA
Reka cipta logo hendaklah mengambarkan tujuan dan objektif program seperti berikut;

  • Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia(World Earth Day) pada 22 April setiap tahun, projek pemuliharaan alam sekitar ini diharapkan dapat menyokong usaha memakmurkan bumi dan menjaga serta memulihara alam sekitar;
  • Mendedahkan kepada ahli-ahli, warga kembara dan rekreasi, pengunjung dan orang ramai akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dari dicemari oleh sampah sarap dan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan ekologi alam persekitaran;
  • Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pengunjung, orang ramai dan peserta tentang kepentingan menjaga alam persekitaran dari dicemar;
  • Memelihara alam sekitar sebagai warisan Negara
  • Mengurangkan masalah pencemaran sampah sarap di sepanjang laluan treking.
Borang dan Maklumat selanjutnya boleh dimuat turun di sini. KLIK SINI
 

PostHeaderIcon HAWA RESORT & TRAINING CENTRE, JANDA BAIK

HAWA RESORT & TRAINING CENTRE SDN BHD

FAMILY DAY PACKAGE (2 HARI 1 MALAM)
Untuk yang tidak bermalam RM80.00 seorang

Bagi yang memilih Penginapan Bilik yang ada 11 unit ( 2 Adults & 2 Children) - RM100 seorang (Adults) dan RM40 (Kids) - Include All ( Makan 6 kali dan BBQ) - FIRST COME BASIS
Bagi yang mendapat dormitory yang ada 6 unit, boleh memuatkan 1 Keluarga ( 8 orang ) - RM100 seorang (Adults) dan RM40 (Kids) - Include All ( Makan 6 kali dan BBQ)
Bagi yang bujang-bujang - ada 3 unit dormitory yang boleh memuatkan 12 orang - RM90 seorang dan RM40 (Kids) - Include All ( Makan 6 kali dan BBQ) - tandas dan bilik mandi di dalam dorm

Memandangkan D'Ark Resort tidak mempunyai bilik yang mencukupi untuk memenuhi keselesaan semua bagi program Family Day Latepackers, HAWA Resort Training Centre telah dicadangkan setelah Cik Setiausaha yang bersusah payah pergi berkunjung untuk kali ke-2 melihat beberapa tempat yang lain yang ada di Janda Baik. HAWA Resort Training Centre ini dilihat memenuhi keperluan dan keselesaan semua.

Dilampirkan Resort Facilities dan Aktiviti yang telah discan dan diharap semua dapat melihat dan menyemak barang sekejap dari masa yang ada untuk membuat keputusan.

Last Updated ( Monday, 06 April 2009 13:33 )

 

PostHeaderIcon XPDC TRANS KEMENSAH - JANDA BAIK 23-26 JANUARI 2009

Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan dengan lancar… rancangan awal untuk menerokai kehijauan Trans Gopeng – Cameroon Highland terpaksa dilupakan gara-gara kehabisan tiket penerbangan…. eh.. eh… tiket keretapi… hehehe. Namun semua itu bukanlah penghalang… dengan semangat yang membara, serta ilham yang ada, kami akhirnya bersetuju untuk menukar plan ke Trans Kemensah – Janda Baik. Sebagai wakil tunggal LATEPACKERS yang mengikuti trip tersebut, aku rasa ada baiknya untuk berkongsi serba sedikit kisah berkenaan trip berkenaan; trip yang melalui pelbagai macam masalah, tetapi semua wat macam tiada masalah je… cool jek selalu… J

Read more...

 

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 8 of 17