XPDC TRANS KEMENSAH - JANDA BAIK 23-26 JANUARI 2009
Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan dengan lancar… rancangan awal untuk menerokai kehijauan Trans Gopeng – Cameroon Highland terpaksa dilupakan gara-gara kehabisan tiket penerbangan…. eh.. eh… tiket keretapi… hehehe. Namun semua itu bukanlah penghalang… dengan semangat yang membara, serta ilham yang ada, kami akhirnya bersetuju untuk menukar plan ke Trans Kemensah – Janda Baik. Sebagai wakil tunggal LATEPACKERS yang mengikuti trip tersebut, aku rasa ada baiknya untuk berkongsi serba sedikit kisah berkenaan trip berkenaan; trip yang melalui pelbagai macam masalah, tetapi semua wat macam tiada masalah je… cool jek selalu… J
23 Januari 2009 (Jumaat)
Meeting & sesi taklimat utk Trans Kemensah – Janda Baik telah diadakan di AIKOL, UIA… mmg hampeh dak2 ni… ckp meeting kul 9.00mlm… kat2 kul 11.00mlm baru start… dekat 5 biji limau mandarin dah abes aku telan… Marlboro pun dah abes ½ kotak... eeee… memang ARC tak pernah berubah! Dulu, kini, selamanya… sentiasa x tepati janji…
24 Januari 2009 (Sabtu)
Sekali lagi… masa berkumpul pada pukul 7.00pg di tangga besar UIA memang jauh tersasar… pukul 11.00 baru sume participant sampai… terus ke Kg. Kemensah (belakang Zoo Negara), abes jahanam kete aku! Pastu jumpa trekker 2 orang (Abg Joss – ex komando & Tok Ibak- tok batin kg orang asli Kemensah)…
Lebih kurang pukul 12.00tgh, baru kami start trekking… trek hari pertama memang memenatkan… terpaksa menyusuri jalan balak & trek motor-cross… sume mengeluh… macam jalan dalam longkang je rasanya… lepas naik satu bukit je, sume mcm dah pancit! Sub-ration pertama di buka… jeng! Jeng! Summy pelbagai warna… memang sedap dimakan ketika kepenatan…
Setelah tiba di Check point pertama (Kem Lubuk Tedung), kami masak, mkn lunch, solat berjemaah dan sebagainya… di sini dapat saksikan betapa gilanya geng2 moto-cross meredah hutan! Dengan deruman enjin yang membingit, sure abes sume binatang dlm utan spt cipan, monyet, katak lari lintang pukang nyer…. Camp site kat sini agak luas, selesa & convenience… dekat ngan air! Mandi memang syok sgt….
Perjalanan diteruskan ke kem seterusnya (Sg. Perahu @ Batu Perahu… aku x hingat!)… Di sini, peristiwa malang bermula… geng2 runner seramai 5 orang telah ditakdirkan tersesat… geng2 tengah & sweeper selamat kerana melalui jalan yang benar… geng sesat diketuai oleh Trekker Joss manakala geng benar diimami oleh Tok Batin Ibak… setelah tiba di sebatang sungai, Tok Ibak decide utk berkhemah disitu… jam menunjukkan baru pukul 5.00pm masa tu… so, kami cari port yang cantik untuk bermalam… sungai mmg puas hati kat situ; utk mandi, minum… selesa sangat!
Mlm tu memang meriah… sume happy, gelak2… suasana penuh kemesraan terutamanya ketika sesi Ta’aruf… tapi yang paling menjadi bahan & tumpuan adalah gadis cantik bernama Ilham & Tok Ibak dengan segala pengalamannya…
Walaupun sume gadis yang join trip kali ni cantik2 belaka, namun.. memang tak dapat dinafikan gadis bernama Ilham menjadi tumpuan utama …dengan ketinggian 5 kaki 6 inch, berdagu runcing, berkulit mulus, bermata ghairah & berbudi bahasa, sememangnya menjadi igauan setiap peserta lelaki yang baru akil baligh seperti Yaye, Abe, Amin, Soeb dan ramai lagi… tapi sume kecewa & hancur harapan tatkala Ilham mengakui sudah berpunya & hanya meminati jejaka yang tinggi sebagai teman… aku hanya tersenyum (sbb memang takde harapan… hehehe)…
25 Januari 2009 (Ahad)
Tok Ibak pula sangat sporting & peramah… diusia melebihi 60 tahun, kudratnya sangat luar biasa… bertubuh kecil seperti bebudak darjah 6, tenaga & stamina Tok Ibak sungguh mengagumkan… aku memang salute kat dia sebab membawa kami ke jalan yang benar hingga ke penghujung perjalanan… walaupun hutan yang kami lalui tu memang tebal & takde trek langsung, Tok Ibak menggunakan kepakarannya didalam hutan untuk sampai ke destinasi yang dituju…
Tok Ibak juga tidak kedekut ilmu, setiap tumbuhan hutan yang bermanfaat akan diperkenalkan kepada kami sume… antara tumbuhan baru yang dipelajari adalah Pokok PENEBAL (Sesuai utk lelaki & perempuan. Daun PENEBAL ini mujarab untuk menambahkan ketebalan ‘senjata’ si wanita & mengembangkan lagi ‘senjata’ si lelaki!) perghhh… rugi la sesapa yg tak tau… satu lagi adalah TALI LAPAR. Tumbuhan menjalar ini berkesan utk menghilangkan rasa lapar, terutamanya ketika didalam hutan… banyak lagi tumbuhan2 yg unik & istimewa diperkenalkan oleh Tok Ibak yg terdapat sepanjang laluan trip kali ini… Ilham, hang nak buat apa ngan kacip fatimah yg hang cabut hari tu?! Hehehe… Lu piker la sendiri ye kengkawan…
Tok Ibak juga mmg otai dalam aktiviti berasap… bayangkan, aku baru abes Marlboro 2 batang, tapi dia dah hisap rokok berjenama Luffman untuk batang yang ke-5… bila ditanya kenapa dia isap rokok byk sangat, dia kata… “Tok hisap rokok sejak umur 12 tahun, takde sakit pun!” hahaha… jangan sesekali meniru aksi ini ya kengkawan… Tapi yang paling istimewa bagi aku, hari ini aku mencipta sejarah peribadiku kerana berjaya menangkap ikan haruan hutan dengan hanya menggunakan parang terbangku… huhu… Unbelievable!
Sememangnya trip Kemensah – Janda Baik sangat menyeronokkan kerana dapat merasai semua jenis trek; trek sungai, berbatu, hutan tebal, hutan yg lapang, lereng bukit, trek balak, trek buluh, semak-samun… sume jenis trek ada! Tumbuhan2 kat sini pun lain dari tempat lain… ada bunga2 yang cantik, daun berwarna purple, cendawan besar & kalau bernasib baik boleh tengok tapir, kancil, kijang dsb.
Kami tiba di daerah Janda Baik lebih kurang pukul 4.30ptg… keluar je hutan, tersergam sebuah rumah persis sebuah istana yang sangat cantik dan luas kawasannya… ntah jutawan manalah yang punya… jarak pagar rumah dengan rumah utama pun dekat2 500 meter jauh… imagine la sendiri! Memang kaya sgt… time ni kitorang dapat call group yang sesat… tau2 diorang tersesat jauh hingga ke kawasan ampang (berhampiran sg congkak) nun… nasib baik sume selamat…
Satu lagi peristiwa kelakar berlaku, tunggu punya tunggu bas kat Janda Baik tu, rupa2nya orang kampong situ cakap public bus dah 5 tahun tak masuk kawasan tu…. Haaaa sume gelabah x tau camana nak kuar! Last2 jumpa sorang trekker bernama Pak Lang yang sangat baik hati… dia offer utk berteduh kat umah dia semalaman & arrange lori untuk keluar dari Janda baik... mlm tu sesi borak2, gelak ketawa, kapak-mengapak dan kenduri maggi goreng… sedap sungguh! 3 kuali habis dimakan…
26 Januari 2009 (Ahad)
Tepat jam 10.00pg, lori menunggu untuk menghantar kami keluar… ingatkan hantar ke stesen bas kat Bukit Tinggi, rupa2nya drop kitorang kat perhentian genting sempah… macam pelarian bangla je rasanya dok menahan bas tepi highway karak… setelah lebih 8 bas berlalu dengan hampanya, akhirnya bas ke-9 berenti… Alhamdulillah! Berimpit2 macam sardine bas tu… tapi takpelah, at least sampai ke UIA… Akhirnya kami tiba di UIA lebih kurang pukul 12.30tgh hari…
Lepas tu semua disperse & aku difahamkan adik2 ARC menyambung aktiviti mereka sehingga tgh malam tu… diorang adakan aktiviti memancing kat belakang kolej sport complex perempuan... aku dengar sekoq habuq pun tak dapat ikan… hampes!
Apapun, kenangan trip kali ini memang manis. Tiada apa yang mustahil. Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya. Banyak benda yang aku sendiri & para peserta belajar dari trip kali ini. Aku rasa, hubungan ARC – LATEPACKERS juga semakin bertambah baik & mesra.... walaupun menghadapi seribu macam masalah sepanjang trip, benarlah kata2 Rudy Giuiliani: “When you confront a problem, you begin to solve it!”… bagi aku, “Jalan kebenaran, indah terbentang…” hehehe… peserta Trans Kemensah – Janda Baik je tahu significant lagu ni… Hingga bertemu lagi…
p/s: kau ilhamku…
viva la raza