PERTANDINGAN REKA CIPTA BAGI PELEKAT KENDERAAN, SLOGAN DAN T-SHIRT LATEPACKERS
ALUMNI KEMBARA DAN REKREASI UIA, MALAYSIA (LATEPACKERS)
PELAWAAN
Alumni Kembara dan Rekreasi UIA, Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mereka cipta sempena program “Nature Conservation Project – Latepackers Earth Day”.
Penganjur menjemput individu-individu yang berminat untuk menyertai “Pertandingan Mereka Cipta Pelekat Kenderaan dan T-Shirt Latepackers”.
TEMA
Reka cipta logo hendaklah mengambarkan tujuan dan objektif program seperti berikut;
- Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia(World Earth Day) pada 22 April setiap tahun, projek pemuliharaan alam sekitar ini diharapkan dapat menyokong usaha memakmurkan bumi dan menjaga serta memulihara alam sekitar;
- Mendedahkan kepada ahli-ahli, warga kembara dan rekreasi, pengunjung dan orang ramai akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dari dicemari oleh sampah sarap dan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan ekologi alam persekitaran;
- Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pengunjung, orang ramai dan peserta tentang kepentingan menjaga alam persekitaran dari dicemar;
- Memelihara alam sekitar sebagai warisan Negara
- Mengurangkan masalah pencemaran sampah sarap di sepanjang laluan treking.
Borang dan Maklumat selanjutnya boleh dimuat turun di sini.
KLIK SINI